Bagaimana Jadikan Blog Sebagai 'Private'

Posted by Calipso | 07 November 2009 | 4 comments »

Panduan bagaimana cara untuk menjadikan blog anda sebagai blog peribadi (private) tidak boleh di baca secara terbuka dalam internet.

1. Untuk menjadikan blog sebagai private pastikan anda tidak mendaftar dengan sebarang enjin pencarian (search engine).

2. Bawah pilihan Settings dan Basic pilih No untuk Add your blog to our listing?:



3. Bawah pilihan Settings, Site Feed klik Advanced Mode:


3.1 Pilih None untuk Blog Posts Feed, Blog Comment Feed dan Per-Post Comments Feed:



4. Bawah pilihan Settings, Permissions klik Only these readers atau Only blog authors:


4.1 Jika anda pilih Only these readers dalam contoh di atas, anda kena klik INVITE untuk menjemput dan memaklumkan kepada pembaca tertentu sahaja.

4.2 Jika anda pilih Only blog authors anda akan klik ALLOW AUTHORS ONLY bermakna hanya pemilik blog sahaja yang dibenarkan membaca tanpa dapat diakses oleh sebarang pembaca lain seperti di bawah.


5. Dalam Dashboard (Papan Pemuka) Blogger pilih Edit Profile:


5.1 Bawah Edit user profile pilih Select blogs to display:


5.2 Jangan tanda kotak Set Displayed Blogs yang disediakan supaya blog tidak tersenarai dalam Profile Blogger anda:


6. Setakat ini pihak Blogger masih lagi belum mengadakan kemudahan untuk menjadikan pos-pos pilihan sebagai pos private. Anda perlu mengasingkan pos-pos yang ingin dijadikan private ke dalam blog yang telah dibuat sebagai blog private.

Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya.

Sebarang pautan balik dari blog anda adalah sangat-sangat dihargai. URL http://panduanpemblog.blogspot.com/.

Salam hormat dari

| 4 comments »

4 comments

  1. ct // November 07, 2009  

    tq this simple way help me a lot.jazakallah

  2. ietah // November 09, 2009  

    thanks cal,saye dah buat 2 blog n link kan dgn private blog...dan cal byk bantu..thanks ye,...

  3. kujie // November 22, 2009  

    ada cara untuk buat post berpassword di blogspot
    itu cara pilihan untuk private post di blogspot

  4. poji // December 03, 2009  

    ini panduan bagus.. boleh ikut.. hati hati kalu nak yang free saya bg je lah
    http://www.panduanhosting.net/malware/